sharing is caring

Showing posts with label Romance and Relationships. Show all posts
Showing posts with label Romance and Relationships. Show all posts

30/06/2011

TAK SALAH PERIGI CARI TIMBA

Petikan dari MAJALAH WANITA
Ruangan: ISU

LUAH DENGAN BERADAB
Dr Robiah Kulup Hamzah, pakar motivasi RKH Motivasi Services Sdn Bhd menyatakan wanita memang wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara beradab. Ia merujuk pada kisah Siti Khadijah r.a yang meminang rasulullah S.A.W. Jika masa dulu masyarakat kita dahulu mengangap wanita memikat lelaki dikatakan ‘perigi cari timba’, tetapi pada zaman sekarang kata bidalan itu tidak begitu sesuai kerana kini ramai wanita yang sudah berkerjaya, berfikiran terbuka dan punyai kedudukan. Sekiranya wanita mengambil langkah pertama untuk mendekati si lelaki, maka ia mengurangkan masalah lambat kahwin atau skandal yang tidak halal.

Apa bila timbul perasaan atau desakan mencari pasangan, gunakanlah adab-adab yang baik termasuk penggunaan bahasa yang sesuai, cara penyampaian ayng baik, suasana persekitaran dan penampilan diri menarik. Contohnya, jika anda suka dengan teman sepejabat, tidak perlu terlalu terbuka sehingga orang yang disukai rasa terkejut dan menggelabah.

Elakkan perangai mabuk cinta seperti perbuatan merayu dan memujuk agar lelaki itu menerima cinta anda. Ataupun dia sanggup datang ke rumah lelaki itu demi menunjukkan dia benar-benar sukakannya. Kena ingat, tidak semestinya anda cakap suka, orang itu boleh terima. Oleh itu jangan terlalu mengharap.

Dr. Robiah menyatakan apabila cinta itu ditolak, jangan rasa malu, rasa terhina atau rendah diri. Anggaplah ianya normal. Bersabarlah, beristiqamah dan jangan putus asa. Mungkin pertama kali ditolak tetapi usaha kedua atau seterusnya mungkin berjaya. Orang yang jenis pemalu dan lembut tidak kira lelaki ataupun perempuan yang tidak berani bersemuka boleh minta pihak ketiga untuk mencantumkan dua hati. Cumanya orang ketiga itu hendaklah orang yang boleh dipercayai, pegang amanah, berwibawa, ikhlas dan bukannya secara rasuah.

Cara menggunakan SMS dan surat layang pun boleh digunakan untuk menyampaikan maksud hatinya. SMS merupakan medium yang paling berkesan, cepat dan rahsia. Cumanya perlu berhati-hati dengan penggunaan perkataan supaya wanita itu tidak menampakkan mabuk cinta dan imej peribadi murahan.
Untuk memilih pasangan, pilihlah yang lelaki mempunyai personaliti yang baik dan diyakini. Wanita perlu lihat kekuatan diri dan buat kajian terhadap orang yang disukai sebelum melontarkan perasaannya. Mungkin apabila sudah mengenali lebih dekat, wanita itu tidak suka atau berasa tidak serasi dengan personaliti lelaki itu sebenarnya.


Terdapat 3 jenis cinta iaitu:

1. Cinta nafsu.
Lelaki menyukai wanita kerana kecantikan fizikal.

2. Cinta nak ‘guna’
Llelaki mahukan wanita itu kerana kedudukan, kecantikan untuk kepentingan dirinya.

3. Cinta ikhlas
Datang dari hati. Cinta ikhlas ini mewujudkan perasaan debar dan ada kalanya berpeluh-peluh apabila berjumpa, tidak berani bertentang mata dan perbuatan menjadi tidak tentu hala. Ini kerana wujudnya getaran antara dua jiwa.


JANGAN TERLALU MENUNJUK
Dr Ridzuan Noor, pakar terapi aura dan pengasas Aura Harmoni berpendapat sebelum meluahkan perasaan cintanya, wanita perlu lihat pihak lelaki itu. Tidak salah jika wanita memulakan langkahnya memikat lelaki yang disukai kerana ada orang yang tidak tahu dirinya diminati atau tidak berani mengemukakan perasaannya.

Bagi saya, wanita boleh menyatakan perasaannya tetapi tidaklah sehingga dirinya nampak murahan. Kita masih berpegang kepada budaya ketimuran iaitu wanita punya sikap malu dan lemah lembut. Apabila suka dengan si dia, janganlah terlalu menunjuk sangat sebaliknya jaga imej dan maruah diri. Tidak semestinya wanita perlu mulakan bicara cinta agar lelaki itu tahu perasaan yang bersarang di hatinya.

Sebaliknya wanita boleh menggunakan pendekatan seperti mengambil berat dan menunjukkkan kecenderungan minat yang sama terhadap lelaki itu. Apabila sudah rapat dan minda jadi terbuka, lalu mudah untuk bercakap dari hati ke hati. Wanita yang ditolak cintanya perlu berfikiran positif. Biarpun tidak menjadi pasangan, teruskan perhubungan sebagai rakan. Secara tidak langsung lelaki itu akan hormat kepada wanita yang bersikap matang. Mungkin satu hari nanti lelaki itu terbuka hati untuk menerima wanita itu. Hati manusia bukanlah hati batu, lambat laun ia akan cair juga. Jika ada jodoh, tidak kemana, ujar Dr Ridzuan.

Kebanyakan lelaki tidak memilih pasangan disebabkan kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak akan kekal. Mereka lihat wanita dari segi hati budi dan sikap. Kita kenal dia cara matang dan bukannya cinta monyet. Biarlah perkahwinan yang dibina berkekalan. Lelaki yang matang akan memilih wanita dari segi personalitinya. Kita perlu faham untuk memikat seseorang untuk sementara atau selamanya.

Lelaki biasanya terpikat kepada wanita yang lemah lembut, berbudi bahasa, pemikiran matang. Wanita jenis ini boleh dijadikan kawan dan kekasih. Jika lelaki itu terpikat dengan wanita kerana seksinya, lama kelamaan ia akan menjadi seksa. Ini kerana suami tidak suka isterinya kelihatan seksi di luar rumah. Ia boleh menimbulkan penceraian, ujar Dr Ridzuan yang turut menyatakan selain fahami kelebihan dan kesukaan lelaki itu, wanita perlu minta hajatnya kepada Allah SWT.

04/04/2011

Sebelum Engkau halal bagiKu



Duhai kamu yang tercipta dari tulang rusukku….

Di belahan Bumi manapun kamu berada. Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna, dan tertinggi.

Bagiku dirimu salah satu dari semua itu. Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana ia akan membuatkanku mengingatmu. Bererti memenuhkan kepalaku dengan menginginkanmu.

Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari…

Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh Lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berhujung. Ada ingin tetapi tiada henti. Menyentuhmu merupakan ingin diri, meski ujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.

Mungkin kau tak peduli. Tetapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah. Dan tidak lebih dari wanita biasa. Jangan pernah kau tatapku penuh. Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.



Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas. Meniru gaya para ustaz, meskipun hatiku lebih kotor dari lumpur. Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau tergugat.

Kerana kau hanya manusia – hanya wanita. Berilah sepenuh diri kepada  lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.

Tunggulah lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah. Atau kejarlah sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan oleh Khadijah. Janganlah ada ragu, janganlah ada malu, semua telah terukir di dalam kitab suci.

Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati….

Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di dunia fana saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu. Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.

Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.

Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.



credit to  paradigma MUKMIN

18/03/2011

apa itu cinta?

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, 
itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, 
itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, 
itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, 
itu KESETIAAN 

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, 
itu BELAS KASIHAN. 

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, 
itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, 
itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta,
 itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta,
 itu KEMURAHAN HATI. 

TETAPI

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA. 

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian,
ITULAH CINTA. 

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian,
ITULAH CINTA. 

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA. 

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian, 
itulah namanya CINTA

26/07/2010

janji


       Bayangkanlah sebuah percintaan tanpa janji. Dah tentu dengan sendiri ia akan menjadi percintaan tanpa harapan. Dan kata orang, bercinta tanpa harapan samalah macam membaca buku yang di dalamnya tak ada gambar, tak ada lukisan dan tak ada tulisan. Lebih tepat lagi, macam memandu bas yang tidak berenjin dan berstering!..???

       Berdasarkan realiti itulah, semua orang akur pada satu hakikat; bahawa semakin banyak harapan berlegar di dalam fikiran, semakin indahlah juga sesebuah percintaan. Oleh kerana harapan itu ada kaitannya dengan janji, ini bermakna percintaan boleh diperindahkan dengan terus melafazkan janji demi janji. Makin banyak janji, makin syandulah jiwa pasangan yang bercinta itu. Makin syandu jiwanya, makin hanyutlah mereka. Kalau berani dan kalau ada masa, cubalah intai-intai apa yang diperbualkan oleh sesuatu pasangan. Cubalah dengar betul-betul dialog yang keluar dari mulut mereka. Nescaya sebahagian besarnya berpaksikan janj. 'I akan...' atau 'I tak akan...' pasti menjadi perkataan yang cukup banyak digunakan. Sekali sekala akan bersulamlah pula dengan 'sumpah' ..... 'walau apa pun...', 'dipanah petir sekali pun....'. Semuanya merupakan ayat-ayat yang berwajah janji.

Yang melafazkannya akan beria-ia.
Yang mendengar akan berasa bahagia.
Waktu itu kalau dibuat medical check-up, pasti tahap kesiumanan kedua-duanya akan berkurang beberapa peratus. Mereka akan terbuai-buai dalam satu kotak yang dipenuhi harapan-harapan yang indah.

       
     Huh, jiwang gila ayat aku tu. Tapi itu kenyataan. ltu yang berlaku sejak dahulu. Itu yang terus berlaku sampai bila-bila. Cinta, janji dan harapan benar-benar ibarat seluar dan bahagian pinggangnya. Pernah tengok seluar tanpa pinggang?
       

     Aku tak pernah. Tapi sebagai insan jenis yang cukup tak suka buat apa yang orang lain boleh buat, aku sedang berusaha keras untuk mencipta seluar jenis tu. Seluar tanpa pinggang. hehe.. Lebih tepat lagi, aku sedang berusaha mencipta percintaan jenis barn. Jenis yang di dalamnya tak ada janji dan tak ada harapan.

      Bunyinya memang bodoh. Tetapi percayalah, di sebalik kebodohannya tersisip senarai keindahan yang panjang.

Pengalaman mengajarku satu perkara, bahawa janji sering melahirkan pendusta. Kalau dihimpunkan janji-janji yang gagal ditunaikan di seluruh muka bumi ini - dan setiap satunya dicatatkan di atas sekeping kertas -aku rasa timbunan kertas itu sudah lama melepasi langit ke tujuh.

      Pengalaman juga mengajarku satu perkara yang lain, harapan sering mencelakakan manusia. Terlalu ramai manusia yang menjadi mangsa harapannya sendiri. Harapan yang selalunya dicipta oleh orang lain.

      Aku tak mahu kedua-dua ini terjadi padaku. Tak mahu menjadi pendusta dan tak mahu menjadi mangsa harapan sendiri. Satu-satunya kunci untuk mengelaknya ialah jangan berjanji, terutama semasa bercinta. Aku nak buat bodoh sahaja. Biarlah percintaanku nanti menjadi tak indah, tak ada bahasa berbunga-bunga, asalkan di hujungnya tak ada sesiapa yang merasa tertipu dan kecewa.

      Yang aku was-was cuma satu; kalau aku bersikap begitu adakah sesiapa yang sudi menyintaiku? Adakah perempuan yang sudi mendengar jawapan 'I tak nak berjanji' bila mereka bertanya, 'janji tau, you tak akan cari orang lain...' atau 'berjanji tau you akan sayang I selama-lamanya'?