sharing is caring

26/07/2010

janji


       Bayangkanlah sebuah percintaan tanpa janji. Dah tentu dengan sendiri ia akan menjadi percintaan tanpa harapan. Dan kata orang, bercinta tanpa harapan samalah macam membaca buku yang di dalamnya tak ada gambar, tak ada lukisan dan tak ada tulisan. Lebih tepat lagi, macam memandu bas yang tidak berenjin dan berstering!..???

       Berdasarkan realiti itulah, semua orang akur pada satu hakikat; bahawa semakin banyak harapan berlegar di dalam fikiran, semakin indahlah juga sesebuah percintaan. Oleh kerana harapan itu ada kaitannya dengan janji, ini bermakna percintaan boleh diperindahkan dengan terus melafazkan janji demi janji. Makin banyak janji, makin syandulah jiwa pasangan yang bercinta itu. Makin syandu jiwanya, makin hanyutlah mereka. Kalau berani dan kalau ada masa, cubalah intai-intai apa yang diperbualkan oleh sesuatu pasangan. Cubalah dengar betul-betul dialog yang keluar dari mulut mereka. Nescaya sebahagian besarnya berpaksikan janj. 'I akan...' atau 'I tak akan...' pasti menjadi perkataan yang cukup banyak digunakan. Sekali sekala akan bersulamlah pula dengan 'sumpah' ..... 'walau apa pun...', 'dipanah petir sekali pun....'. Semuanya merupakan ayat-ayat yang berwajah janji.

Yang melafazkannya akan beria-ia.
Yang mendengar akan berasa bahagia.
Waktu itu kalau dibuat medical check-up, pasti tahap kesiumanan kedua-duanya akan berkurang beberapa peratus. Mereka akan terbuai-buai dalam satu kotak yang dipenuhi harapan-harapan yang indah.

       
     Huh, jiwang gila ayat aku tu. Tapi itu kenyataan. ltu yang berlaku sejak dahulu. Itu yang terus berlaku sampai bila-bila. Cinta, janji dan harapan benar-benar ibarat seluar dan bahagian pinggangnya. Pernah tengok seluar tanpa pinggang?
       

     Aku tak pernah. Tapi sebagai insan jenis yang cukup tak suka buat apa yang orang lain boleh buat, aku sedang berusaha keras untuk mencipta seluar jenis tu. Seluar tanpa pinggang. hehe.. Lebih tepat lagi, aku sedang berusaha mencipta percintaan jenis barn. Jenis yang di dalamnya tak ada janji dan tak ada harapan.

      Bunyinya memang bodoh. Tetapi percayalah, di sebalik kebodohannya tersisip senarai keindahan yang panjang.

Pengalaman mengajarku satu perkara, bahawa janji sering melahirkan pendusta. Kalau dihimpunkan janji-janji yang gagal ditunaikan di seluruh muka bumi ini - dan setiap satunya dicatatkan di atas sekeping kertas -aku rasa timbunan kertas itu sudah lama melepasi langit ke tujuh.

      Pengalaman juga mengajarku satu perkara yang lain, harapan sering mencelakakan manusia. Terlalu ramai manusia yang menjadi mangsa harapannya sendiri. Harapan yang selalunya dicipta oleh orang lain.

      Aku tak mahu kedua-dua ini terjadi padaku. Tak mahu menjadi pendusta dan tak mahu menjadi mangsa harapan sendiri. Satu-satunya kunci untuk mengelaknya ialah jangan berjanji, terutama semasa bercinta. Aku nak buat bodoh sahaja. Biarlah percintaanku nanti menjadi tak indah, tak ada bahasa berbunga-bunga, asalkan di hujungnya tak ada sesiapa yang merasa tertipu dan kecewa.

      Yang aku was-was cuma satu; kalau aku bersikap begitu adakah sesiapa yang sudi menyintaiku? Adakah perempuan yang sudi mendengar jawapan 'I tak nak berjanji' bila mereka bertanya, 'janji tau, you tak akan cari orang lain...' atau 'berjanji tau you akan sayang I selama-lamanya'?

kaktus


'menanti kau di suatu sudut dunia ini, hanya terbuka untuk kau sahaja'


aku harus mencarinya, bunga kesayanganku... 
bunga kepunyaanku bunga yang dapat membahagiakanku... 
untuk mencarinya aku dah berlalu ke setiap ceruk dunia ini 
di seluruh lautan dan daratan hanya untuk mencari mu 
wahai bungaku aku pernah melihat mawar yang paling cantik, 
bunga lily yang paling menawan
namun tidak satu pun yang dapat membahagiakanku 
ternyata ia bukan bunga kepunyaanku... 
akhirnya, suatu hari.. 
aku terjumpa ia..
bunga milikku 
aku terbayang bahagia yang selama ini aku dambakan 
tiada bunga yang dapat melahirkan kecantikan sepertinya 
ia adalah pokok(bunga) kaktus.. 
tiada apa2 kelebihan 
tiada kelopak yang harum 
hanya dipenuhi duri yang tajam.. 
namun, bagiku.. 
ia adalah bunga yang benar2 indah 
bunga yang dapat membahagiakanku 
di saat aku memerlukan.. 
kecantikan luaran bukan menentukan kebahagiaan.. 
hanya kau saja yang dapat membahagiakanku wahai bungaku.. 
kaktus...... 
'hanya kau yang dapat membahagiakanku, selama lamanya'